Bukan saja hasil dan hak minyak Sabah dicuri oleh Malaysia, renamed Malaya, tapi orang pandai kita pun dicuri oleh Malaya.
Kita tidak boleh salahkan orang Malaya juga. Betul juga kata Dr. Mahthir, Orang Sabah tidak MIINTA. Saya orang Sabah, dan saya sudah perhatikan perkara ini sejak sekolah rendah lagi, masaalah nya bukan orang Malaya, tapi orang Sabah sendiri yang tidak mahu pandai, dan dayus.
Saya kesihan dengan keluarga yang terlibat. Dua orang kawan rapat saya. Saya pula, beruntung disebabkan sistem diskriminasi ini. 3 orang anak saya dapat belajar di UMS, gara gara kurang pandai. Kalau terlalu pandai, sudah dipaksa belajar di Malaya. Kalau ada biasiswa tidak apa juga, tapi tidak ada. Semua di tanggung oleh keluarga.
Sistem diskriminasi ini adalah dalam pemilihan pelajar untuk masuk Universiti. Tujuan nya baik tetapi perlaksanaan nya bodoh dan tidak berperi kemaknusiaan.
Saya tidak cadangkan sistem pengambilan pelajar ini di hapuskan. Saya cuma cadangkan supaya lebih adil and menguntungkan semua rakyat dan Negara.
Sistem pengambilan pelajar ini ialah memberi kelebihan kepada Universiti yang ranking nya tertinggi untuk memilih pelajar untuk masuk Universiti.
Dulu, UMS, ranking ke 6, jadi kurang masaalah memilih pelajar, tetapi sekarang UMS ranking ke belasan sudah, sebab Universiti Swasta sudah naik ranking mereka.
Sistem ini baik sebab ia akan meningkat ranking univesiti kita dan menguntungkan juga pelajar terbaik kita untuk belajar di universiti yang bermutu tinggi. Ini matlamat murni tapi tidak dilaksanakan sebab terlalu bodoh dan dibuat dengan hati kejam.
Ranking ini berdasarkan keseluruhan universiti, bukan untuk kursus yang pelajar ambil. UMS adalah yang dalam ranking yang tertinggi dalam Marine Science dan Bioteknologi, tetapi oleh sebab fakulti fakulti lain di UMS tidak lah seberapa, jatuhlah ranking UMS pada keserluruhan nya.
Yang sedih lagi, sistem ini amat kejam. Pelajar tidak dibenarkan berpindah atau memilih. Kalau tidak mendaftar, di univeristi yang memilih dia, pelajar ini tidak dibenarkan mendaftar di manamana universiti di Malaysia ini. Jadi buat apa pelajar membuat pemilihan dalam UPU.
Sebab itu, cadangan di http://schoollah.com/upu-fakta-mitos/ amat baik. Jangan masukkan pilihan dalam UPU, sebab tidak ada guna juga. Lebih baik masuk dalam sitem rayuan seperti anak anak saya. Lagi senang dapat pilihan ke Universiti yang rendah ranking nya macam UMS.
Oleh sebab tidak masuk akal bahawa pelajar tidak dibenarkan pindah tempat, pelajar dibenarkan pindah selepas satu semester. Kononnya, boleh lah pelajar pindah juga, tapi ini menambah kos dan merosakkan minat pelajar dan merosakkan negara juga akhirnya.
Saya sendiri telah melihat beberapa pelajar cemerlang yang rosak akibat dipaksa belajar di kursus yang dia tidak minat. Untuik pelajar yang kurang mampu, lagilah bahaya. Sudah lah tidak dapat biasiswa, terpaksa juga menggung kos sara hidup dan mutu hidup yang rendah, belajar ditempat yang dia tidak suka.
Buat apa Universiti uruskan biasiswa kalau dia dapat paksa pelajar belajar di tempat nya? Universiti yang berank tinggi keseluruhan ini juga tidak peduli dengan pelajar dan negara.
Bayangkan UKM yang jauh dari lautan, memaksa pelajar Sabah belajar dalam bidang Marine Science? Ini telah terjadi. Untung kah negara kalau begini? Pelajar ini akhir nya berjaya mendapat biasiswa Agong untuk belajar di Australia, yang hampar sama dengan UMS dalam bidan Marine Science, tapi dalam bidang Borneo Marine, mana boleh lawan dengan UMS. Pelajar rugi sebab tidak dapat kursus yang tinggi mutunya, dan negara juga rugi sebab terpaksa menghantar ka Universiti luar negara yang kurang mutu dan kurang relevan dengan keperluan negara, termasuk wang negara yang keluar ka luar negara.
Saya pasti perkara ini berlaku di seluruh Malaysia, tetapi kesannya amat teruk kepada rakyat Sabah. Inilah akibat dosa dayus.
Cadangan saya senang saja. Tidak perlu hapuskan ranking ini, cuma, buatlah dengan betul. Buat ranking berdasarkan kursus. Kalau tidak, jangan buat lah.
Kedua, jangan paksa pelajar. Universiti cuma dibenarkan menawarkan tempat atau kemudahan lain. Baru lah Unviersiti berhati hati untuk melayan keperluan pelajar dengan memberi atau menguruskan biasiswa, tempat tinggal dll.
Janganlah kita besifat bodoh dan kejam. Berdosa kita semua. Kita akan didenda di dunia dan akhirat.
Saya akan membuat aduan resmi dan menyimpan aduan ini dalam blog saya.
