LHDN disiasat
Semua
ahli lembaga pengarah sedia ada dan penyandang terdahulu dijangka
dipanggil memberi keterangan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial
(JSJK) untuk merungkai kes ‘kehilangan’ peruntukan dana cukai pendapatan
terlebih bayar berjumlah RM14.56 bilion.
Antara
yang dijangka dipanggil memberi keterangan berhubung kehilangan dana
yang sepatutnya dipulangkan kepada 1,653,786 pembayar cukai itu ialah
bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar
Abdullah.
Mohd Irwan sepatutnya bertanggungjawab
Mohd
Irwan ialah Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun di
Kementerian Kewangan yang sepatutnya bertanggungjawab untuk
memperuntukkan dana mencukupi menerusi Tabung Amanah Bayaran Balik Cukai
(TBBC) seperti diperlukan LHDN bagi pembayaran balik.
Kekurangan
peruntukan daripada pendapatan cukai langsung yang dikumpulkan ke TBBC
dikenal pasti sebagai punca lambakan tunggakan bayaran balik cukai yang
tinggi.
Pengarah
JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh, ketika mengesahkan
perkara itu berkata polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 409 Kanun
Keseksaan.
Pada
Rabu lalu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, mendedahkan satu lagi
skandal penyelewengan wang pembayar cukai pendapatan ketika pentadbiran
kerajaan terdahulu yang diterajui Barisan Nasional (BN).
Guan
Eng dilaporkan berkata, kerajaan terdahulu gagal menjelaskan lebihan
bayaran balik cukai pendapatan dan Cukai Keuntungan Hartanah (CKHT)
berjumlah RM16.046 bilion setakat 31 Mei lalu.
Katanya,
lebih 1.6 juta pembayar cukai itu, termasuk syarikat, individu,
persatuan dan yayasan, merangkumi rekod selama enam tahun lalu.
“Pemalsuan
nilai dalam akaun dan penyelewengan bayaran balik cukai ini sama ada
untuk tujuan tertentu atau sekadar menutup defisit sebenar demi
memperlihatkan wujudnya keadaan lebihan akaun.
“Bayaran
balik cukai hanya boleh dibuat menggunakan baki TBBC, namun semakan
setakat 30 Mei 2018 berdasarkan laporan Jabatan Akauntan Negara
mendapati ia hanya mempunyai RM1.486 bilion, sangat rendah jika
dibandingkan dengan RM16.046 bilion yang diperlukan untuk proses
berkenaan.
“Oleh
itu, jelas RM14.56 bilion yang tidak dipindahkan daripada Kumpulan Wang
Disatukan kepada TBBC dianggap atau diiktiraf sebagai hasil kerajaan
oleh kerajaan lama,” katanya.
Persoalkan kesahihan
Sehubungan
itu, Guan Eng, mempersoalkan kesahihan perangkaan hasil Kerajaan
Persekutuan sebelum ini yang bukan sekadar tidak tepat, malah terlebih
lapor.
Susulan
pendedahan itu, kerajaan bersetuju membenarkan pembayar cukai dengan
kredit cukai yang perlu dibayar balik oleh LHDN membuat permohonan
setoff sekiranya mereka mempunyai tunggakan cukai pada tahun semasa.
Berdasarkan peruntukan Akta Cukai Pendapatan 1967, langkah itu hanya terpakai untuk taksiran tahun semasa.
Sementara
itu, jurucakap LHDN berkata mekanisme off-set atau timbal balik ialah
penyelesaian alternatif bayaran balik terhadap pembayar cukai yang
mempunyai tuntutan dengan lembaga boleh memindahkan ‘kredit’ mereka
kepada ahli keluarga yang mungkin mempunyai tunggakan cukai.
“Apa
yang mereka perlu lakukan hanya failkan permohonan. Jika pembayar cukai
tidak perlukan bayaran balik, mereka boleh memohon supaya ia (kredit)
dijadikan timbal balik bagi taksiran akan datang,” katanya kepada NST.
Berdasarkan
piagam pelanggan LHDN, bayaran balik (sekiranya wujud) untuk
pengisytiharan cukai menerusi dalam talian dibuat dalam tempoh 30 hari.
Ia memerlukan 90 hari jika dilaksanakan secara manual.
Cubaan untuk menghubungi Irwan dan beberapa ahli lembaga pengarah LHDN bagi mendapatkan reaksi gagal.

No comments:
Post a Comment